Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2022

PERUTUSAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM FOREWORD FROM THE DIRECTOR-GENERAL OF PUBLIC SERVICE Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera, Syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana atas keizinan dan rahmatNya jua, Laporan Tahunan 2022 ini berjaya dihasilkan. Penerbitan laporan tahunan ini merupakan satu khazanah ilmu yang merakamkan pencapaian dan aktiviti-aktiviti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sepanjang tahun 2022. Sukacita juga, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh penjawat awam atas segala usaha serta komitmen yang diberikan sepanjang tahun 2022. Perkhidmatan awam adalah tonggak negara. Sehubungan itu, semua penjawat awam diseru untuk memberikan sepenuh kerjasama dengan kepimpinan kerajaan serta membawa perubahan ke arah kebaikan demi negara. Perubahan memerlukan kepada pemangkin atau catalyst. Dalam hal ini, the real catalyst adalah setiap individu penjawat awam. Kita adalah game changer for a better future. Sejarah membuktikan bahawa penjawat awam adalah ejen perubahan yang efektif dan tidak dapat dinafikan dalam pembinaan negara. Kerana itu, di dalam kita memberikan perkhidmatan kepada rakyat, kita hendaklah pastikan sentiasa ada penambahbaikan sama ada dari segi sistem, peraturan, proses kerja, serta penghasilannya agar ia benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. Sebagai penjawat awam, kita hendaklah terus memberikan perkhidmatan yang mengutamakan rakyat dengan penuh profesional dan berintegriti, apatah lagi dalam era pasca normal yang mencabar dan penuh dengan ketidaktentuan. Akhir kata, saya berharap agar semua warga JPA dapat menunjukkan komitmen yang tinggi dan sentiasa bersedia dalam mendepani pelbagai cabaran dan berusaha mengatasinya sebaik mungkin serta dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada semua pihak. Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera, We express our gratitude to Allah SWT because with His permission and grace, this 2022 Annual Report was successfully produced. The publication of this annual report is a treasure of knowledge that records the achievements and activities of the Public Service Department (PSD) throughout the year 2022. With great pleasure, I would also like to take this opportunity to convey my congratulations and the highest appreciation to all civil servants for their efforts and commitment throughout the year 2022. Public service is the backbone of the nation. Therefore, all civil servants are highly encouraged to cooperate fully with the government's leadership and bring about change for the betterment of the country. Change requires a catalyst. In this instance, the real catalyst lies in each individual civil servant. We are the game-changers for a better future. History has proven that civil servants are effective change agents and cannot be denied in nation-building. Therefore, in providing services to the people, we must ensure that there is always improvement, whether in terms of systems, regulations, work processes, or outcomes, so that it truly benefits the people. As civil servants, we must continue to provide peoplecentric services with full professionalism and integrity, especially in the challenging and uncertain post-normal era. In conclusion, it is my hope that all PSD members can demonstrate a high level of commitment and readiness in facing various challenges, striving to overcome them to the best of their abilities, and improving efficiency and effectiveness in delivering services to all parties. 10 Laporan Tahunan 2022 Annual Report Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy