Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2021

DASAR PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PERKHIDMATAN AWAM (DPSM) PUBLIC SERVICE HUMAN RESOURCE DEVELOPMENT POLICIES (DPSM) Dasar Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam (DPSM) merupakan dasar baharu pembangunan sumber manusia bagi menggantikan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam (DLSA) yang telah dilaksanakan 17 tahun lalu sebagaimana dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005. DPSM dibangunkan bertujuan untuk membentuk pegawai dalam perkhidmatan awamyang kompeten selaras dengan keperluan masa kini dan bersedia menghadapi cabaran pada masa akan datang. DPSM telah digubal menerusi beberapa mesyuarat dan perbincangan yang telah diadakan bersama dengan agensi dan bahagianbahagian di Jabatan Perkhidmatan Awam. Susulan itu, Pekeliling Perkhidmatan Dasar Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam (DPSM) melalui Surat Edaran JPA.(S).600-1/3/31 (2) bertarikh 21 Disember 2021 telah diedarkan kepada semua agensi untuk menerangkan mengenai DPSM dan memaklumkan tarikh kuat kuasa adalah pada 1 Januari 2022 dan pelaksanaan sepenuhnya pada 1 April 2022. Sesi Libat Urus DPSM Bersama Institut Latihan Awam (ILA) pada 5 Ogos 2021 yang melibatkan empat (4) Akademi dan 11 ILA bertujuan menerangkan mengenai pelaksanaannya dan juga sebagai persediaan ILA. Sesi taklimat DPSM bersama YBhg. Tan Sri KPPA adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai DPSM yang berfokuskan kepada pembangunan sumber manusia. Pada sesi taklimat ini juga turut membincangkan mengenai Program Pembangunan Bakat Terbaik Perkhidmatan Awam (Talent Pool) yang merupakan program yang berkait dengan DPSM khusus mengenai pegawai yang berpotensi. The Human Resource Development Policy (DPSM) is a new human resource development policy to replace the Public Sector Human Resource Training Policy (DLSA), implemented 17 years ago as per Service Circular Number 6 of 2005. DPSM was developed to cultivate competent public service officers in line with the current needs and ready to face challenges. DPSM was drafted following several meetings and discussions held with agencies and departments in the Public Service Department. The Public Service Human Resource Development Policy (DPSM) Service Circular through PSD Circulated Letter (S).600-1/3/31 (2) dated 21 December 2021 was then distributed to all agencies to provide information on DPSM. It will come into effect on 1 January 2022 and full implementation on April 1st 2022. The DPSM Management Engagement Session with the Public Training Institute (ILA) on 5 August 2021, which involved 4 Academies and 11 ILA, aimed to explain its implementation and preparation for the Public Training Institutes (ILA). The aim of the DPSM briefing session with YBhg. Tan Sri KPPA was to explain the focus of DPSM on human resource development. The briefing session also discussed the Public Service Talent Development Programme (Talent Pool), a programme related to DPSM, focussing on potential officers. Perbincangan Proposal Penilaian Potensi Premier Leadership Assessment Centre (PLAC) bersama Razak School of Government pada 31 Mac 2021 Premier Leadership Assessment Centre (PLAC) Potential Assessment Proposal Discussion with Razak School of Government on 31 March 2021 (45)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy