Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2021

WEBINAR ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA KELUARGA MALAYSIA ASPIRATION WEBINAR Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA) telah menganjurkan Webinar Aspirasi Keluarga Malaysia pada 25 November 2021. Webinar ini disertai oleh kira-kira 500 orang peserta secara dalam talian melalui aplikasi Zoom dan laman Facebook INTAN. Webinar Aspirasi Keluarga Malaysia yang julung kali dianjurkan oleh INTAN ini merupakan usaha bagi memberi kefahaman kepada seluruh warga Perkhidmatan Awam dan masyarakat umum mengenai Aspirasi Keluarga Malaysia yang telah dicetuskan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri dengan mengajak semua rakyat bersama-sama secara inklusif sebagai sebuah keluarga yang utuh memulihkan semula negara dalam merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Selain membincangkan konsep dan objektif pelaksanaan, penganjuran webinar ini turut bertujuan untuk mengenalpasti cabaran serta strategi-strategi yang boleh diambil untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut di peringkat nasional, organisasi, komuniti dan Perkhidmatan Awam. Webinar ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara secara dalam talian. Dalam ucapan perasmiannya, beliau telah menyarankan agar peranan anggota Perkhidmatan Awam diperkasakan untuk melaksanakan program dan inisiatif yang telah direncanakan oleh Kerajaan di bawah Aspirasi Keluarga Malaysia. The National Institute of Public Administration (INTAN), Public Service Department (PSD) organised a Keluarga Malaysia Aspirations Webinar on 25 November 2021. The webinar was attended by approximately 500 participants online through the Zoom application and INTAN Facebook page. The Keluarga Malaysia Aspirations Webinar, organised for the first time by INTAN, is an effort to provide understanding to all members of the civil service and the general public about the Keluarga Malaysia Aspirations, initiated by the Honourable Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, the Prime Minister who invites all citizens to come together inclusively as a family to restore the country and realise the Shared Prosperity Vision 2030. In addition to discussing the concept and implementation objectives, the organisation of this Webinar aims to identify challenges and strategies to overcome the challenges at the national, organisational, community, and Public Service levels. The YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Chief Secretary to the Government, officiated the webinar. In his opening speech, he urged for the empowerment of the role of public service to implement programmes and initiatives planned by the Government under the Keluarga Malaysia Aspirations. (28)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy