Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2021

AUDIT FORENSIK PEMBANGUNAN ORGANISASI DI AADK AADK ORGANISATIONAL DEVELOPMENT FORENSIC AUDIT KAJIAN & PENYELIDIKAN Study And Research Mesyuarat Jawatankuasa Tingkatan Tertinggi ( JKTT) Bil.3 Tahun 2020 bertarikh 2 Nov 2020 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara telah bersetuju agar JPA melaksanakan AFPO di AADK bagi mengenal pasti keperluan sebenar perjawatan di agensi tersebut. AFPO adalah merupakan salah satu kaedah dalam melaksanakan audit pembangunan organisasi yang lebih komprehensif dalam proses penambahbaikan berterusan ke atas struktur dan perjawatan organisasi sektor awam selain bagi memastikan sektor awam dapat berfungsi dengan efisien dan efektif sepanjang masa dalam mengharungi cabaran-cabaran menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai dan pemegang taruh (stakeholders). Sehubungan itu, AADK dipilih sebagai agensi pertama untuk dilaksanakan AFPO mengambil kira AADK merupakan sebuah agensi yang mempunyai skim perkhidmatan khusus yang memberi perkhidmatan secara langsung kepada rakyat dalam menangani isu membanteras penyalahgunaan dadah. JPA telah memilih tiga (3) lokasi di AADK untuk diaudit iaitu Ibu Pejabat AADK, AADK Daerah & PUSPEN Tampin Negeri Sembilan dan PUSPEN Dengkil, Daerah Sepang, Selangor. Tarikh dan lokasi pelaksanaan AFPO di AADK adalah seperti berikut: Ibu Pejabat AADK pada 7 April 2021 (Rabu) AADK Daerah Tampin dan PUSPEN Tampin pada 8 April 2021 (Khamis) PUSPEN Dengkil pada 9 April 2021 ( Jumaat) Elemen pelaksanaan AFPO merangkumi dua (2) elemen pengauditan iaitu: Audit Pematuhan iaitu pematuhan perjawatan, pemakaian skim perkhidmatan dan struktur organisasi seperti yang telah diluluskan; dan Audit Keberkesanan iaitu penggunaan sumber manusia secara cekap, optimum dan berkesan dalammelaksanakan fungsi utama yang telah ditetapkan. Rasional pelaksanaan AFPO di AADK adalah bertujuan untuk melakukan pengauditan secara terperinci terhadap pematuhan Dasar dan Prinsip Perjawatan di agensi terlibat dan mendapatkan maklumat/pembuktian berhubung sebarang pelanggaran ketetapan prinsip perjawatan. Hasil penemuan yang ketara dalam pelaksanaan Audit Forensik AADK adalah pertindihan fungsi dengan Cawangan Narkotik PDRM, keterbatasan Akta AADK berhubung pegawai yang melaksanakan penguatkuasaan, penempatan secara pentadbiran dan tidak mengoptimumkan penggunaan sumber manusia dan kewangan Kerajaan. The Supreme Committee Meeting ( JKTT) No. 3 of 2020, dated 2 November 2020, which was chaired by the Chief Secretary to the Goverment by the agreed that PSD should implement AFPO at AADK to determine the actual staffing needs of the agency. AFPO is one of the methods in carrying out a more comprehensive organisational development audit for continuous improvements on the structure and staffing of organisations in the public sector, apart from ensuring the ability of the public sector to function efficiently and effectively at all times in overcoming the challenges when providing services to the public and stakeholders. Accordingly, AADK was selected as the first agency to implement AFPO since AADK has a special service scheme that offers services directly to people in combating drug abuse. PSD had selected three (3) AADK locations to be audited: AADK Headquarters, District AADK & PUSPEN Tampin, Negeri Sembilan, and PUSPEN Dengkil, in Sepang District, Selangor. The dates and locations of AFPO implementation at AADK are as follows: AADK Headquarters on 7 April 2021 (Wednesday) AADK in Tampin District and PUSPEN Tampin on 8 April 2021 (Thursday) PUSPEN Dengkil on 9 April 2021 (Friday) Implementation of AFPO covers two (2) auditing elements which are: Compliance Audit, which refers to staffing compliance, service scheme application, and organisational structure as approved; and Effectiveness Audit refers to the efficient, optimal, and effective use of human resources to perform the main functions that have been set. The rationale for implementing AFPO at AADK is to conduct a detailed audit of compliance with the Staffing Policy and Principles at the agencies involved and obtain information/proof regarding any violation of staffing principles. Significant findings of the AADK Forensic Audit include overlapping functions with RMP’s Narcotics Branch, limitations of the AADK Act concerning officers carrying out enforcement, administrative deployment, and not optimising the use of the Government’s human and financial resources. (148)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy