Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2021

The Public Service Reform Study (PPA) is an initiative under the human resource management in the public sector that focuses on developing a modern public service through: Digitisation approach and new ecosystem; Improvement of employee skills (multitasking and multiskilling); and Flexibility in the way and location of work. This PPA study is in line with the 12th Malaysia Plan of Chapter 13, Priority Area A which is “Developing a High-Performance Public Service” through the following Strategies and Initiatives: Improving the Process of Hiring and Retaining Talent; and Developing Quality Leaders in Public Service. In addition, this study is also specifically to meet the needs of the public service in the future apart from dealing with current issues related to the management of human resources in the public sector, from the preappointment, in-service, and post-service stages. The aim of this PPA study is for the Public Service to be high in performance, dynamic, and with integrity based on the following objectives: Increase in efficiency; Increase in efficiency; Optimisation of management costs; Increase in productivity; and Improve well-being. In general, the scope of the PPA Study covers three (3) aspects, namely Organisational Development, Remuneration System Sustainability, and Talent Management. KAJIAN & PENYELIDIKAN Study And Research Kajian Pembaharuan Perkhidmatan Awam (PPA) merupakan suatu inisiatif di bawah aspek pengurusan sumber manusia dalam sektor awam yang memfokus ke arah membangunkan perkhidmatan awam yang moden menerusi: Pendekatan pendigitalan serta ekosistem baharu; Peningkatan kemahiran pekerja (multitasking dan multiskilling); dan Flesibiliti dalam cara dan lokasi bekerja. Kajian PPA ini adalah selaras dengan Rancangan Malaysia Ke12 di bawah Bab 13, Bidang Keutamaan A iaitu “Membangunkan Perkhidmatan Awam Yang Berprestasi Tinggi” menerusi Strategi dan Inisiatif berikut: Menambah Baik Proses Mengambil dan Mengekalkan Bakat; dan Membangunkan Pemimpin Berkualiti dalam Perkhidmatan Awam. Di samping itu, kajian ini juga adalah khusus bagi memenuhi keperluan perkhidmatan awam di masa hadapan selain menangani isu-isu semasa berkaitan pengurusan sumber manusia sektor awam pada masa kini dari peringkat sebelum lantikan, dalam perkhidmatan dan pasca perkhidmatan. Keberhasilan yang ingin dicapai melalui Kajian PPA ini adalah perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi, dinamik dan berintegriti berdasarkan objektif-objektif seperti berikut: Peningkatan efisiensi; Pengoptimuman kos pengurusan; Peningkatan produktiviti; dan Peningkatan kesejahteraan. Secara umumnya, skop Kajian PPA adalah meliputi tiga (3) perkara iaitu Pembangunan Organisasi, Kemampanan Sistem Saraan serta Pengurusan Bakat. KAJIAN PEMBAHARUAN PERKHIDMATAN AWAM PUBLIC SERVICE REFORM STUDY (144)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy