Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2021

This study found that although the use of e-Government services is still underutilised by the elderly, generally, they supported the implementation of e-Government services. This is because most of the elderly think that using e-Government services can offer various services, including quick and easy access to information, and they no longer have to be at the government premises to run errands. Also, half of them believe that their personal data are safer than when dealing at the counter. This is one of the dominant factors in using e-Government services among the elderly. Nevertheless, there were some elderly who felt that they faced various issues and challenges when using the e-Government services, such as issues with Internet access, lack of technical facilities, concern about personal data, and psychomotor problems due to ageing. In addition, a few elderlies feel that the existing e-Government services system is complex and that they experienced difficulty accessing the portal. These issues need to be addressed since UN projections show that Malaysia is expected to become an ageing nation in 2030 when the population aged 65 and above reaches 15 per cent of the country’s total population. Findings of the Study Challenges faced by the Elderly Figure 1 below shows the findings on the challenges faced by the elderly when using e-Government services online. The majority of them agreed that the e-Government service system is i) complex (57.98%), ii) difficult to access (59.67%), iii) difficult to obtain internet access and technology devices (58.83%), and iv) insecurity of data (56.31%). Kajian ini mendapati walaupun penggunaan perkhidmatan e-Kerajaan dilihat masih kurang dimanfaatkan bagi golongan warga emas, rata-rata mereka menyokong pelaksanaan pengunaan perkhidmatan e-Kerajaan. Hal ini kerana majoriti warga emas berpendapat bahawa penggunaan perkhidmatan e-Kerajaan dapat menawarkan pelbagai kemudahan yang antaranya mendapat maklumat dengan pantas, mudah diakses, tidak perlu pergi ke premis kerajaan untuk berurusan secara fizikal dan setengahnya meyakini data peribadi mereka lebih selamat dari berurusan di kaunter. Hal ini menjadi antara faktor yang dominan terhadap penggunaan perkhidmatan e-Kerajaan dalam kalangan warga emas. Namun begitu, terdapat juga segelintir warga emas yang merasakan terdapat pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi Mereka dalam menggunakan perkhidmatan e-Kerajaan seperti masalah capaian internet dan tiada kemudahan teknologi serta masalah kerisauan terhadap data peribadi selain masalah psikomotor berikutan pertambahan usia. Selain itu, terdapat segelintir warga emas yang merasakan sistem perkhidmatan e-Kerajaan sedia ada bersifat kompleks serta terdapat beberapa masalah untuk mengakses portal. Masalah-masalah ini perlu ditangani kerana menurut unjuran PBB, Malaysia dijangka akan menjadi sebuah negara tua pada tahun 2030 apabila penduduk berumur 65 tahun dan ke atas mencapai 15 peratus daripada jumlah penduduk negara. Hasil Dapatan Kajian Cabaran kepada Warga Emas Rajah 1 di bawah menunjukkan dapatan mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi warga emas semasa menggunakan perkhidmatan e-Kerajaan secara dalam talian. Majoriti warga emas bersetuju bahawa sistem perkhidmatan e-Kerajaan i) bersifat kompleks (57.98%), ii) bermasalah untuk mengakses portal (59.67%), iii) bermasalah dalam mendapatkan capaian internet dan alat peranti teknologi (58.83%) dan iv) masalah terhadap keselamatan data (56.31%). Cabaran-cabaran menggunakan perkhidmatan e-Kerajaan Challenges in using e-Government services (135)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy