Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2021

ISU DAN CABARAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN E-KERAJAAN BAGI URUSAN PERIBADI DALAM KALANGAN WARGA EMAS DR. ZAKARIAH BIN ABDULLAH, FELO PENYELIDIK KANAN INTAN ISSUES AND CHALLENGES USING E-GOVERNMENT SERVICES FOR PERSONAL AFFAIRS AMONG THE ELDERLY DR. ZAKARIAH BIN ABDULLAH, INTAN SENIOR RESEARCH FELLOW Teknologi maklumat sebelum ini dilihat lebih tertumpu sebagai medium untuk berkomunikasi serta penerimaan informasi. Namun kini teknologi maklumat telah menjadi lebih meluas dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan bagi memudahkan urusan seharian orang ramai. Di peringkat negara, bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan, kerajaan Malaysia sedang giat memodenkan sistem penyampaian dengan memperkenalkan pelbagai perkhidmatan digital di setiap agensi kerajaan. Bagaimanapun, kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa di dalam penggunaan e-Kerajaan dalam dekad terakhir ini tidak memberangsangkan. Malaysia berada di kedudukan 48 daripada 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di dalam tinjauan e-Government Development Index bagi tahun 2016 (Salikha, 2018). Terdapat pelbagai halangan dalam meningkatkan penggunaan perkhidmatan e-Kerajaan. Kedudukan negara yang rendah di dalam indeks pembangunan perkhidmatan e-Kerajaan adalah berikutan pelbagai faktor. Antara faktor itu adalah penyertaan warga emas di dalam e-Kerajaan yang dilihat tidak membantu di dalam pembangunan ICT di negara ini. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (2013) melaporkan terdapat penurunan dalam penggunaan teknologi di kalangan warga emas dari 9.4% pada tahun 2009 kepada 7.4% pada tahun 2011. Dasar Kewarganegaraan Malaysia mendefinasikan warga emas sebagai mereka yang berada di dalam lingkungan umur 60 tahun dan ke atas ( Jabatan Kebajikan Malaysia, 2019a). Kajian ini telah dijalankan dalam tempoh Januari hingga Jun 2021 dan bertujuan untuk memahami isu dan cabaran warga emas dalam menggunakan perkhidmatan e-Kerajaan bagi urusan peribadi. Kajian ini secara spesifik melihat kepada pandangan dan cabaran dihadapi warga emas dalam menggunakan perkhidmatan e-Kerajaan. Kajian ini telah dilaksanakan melalui kaedah kualitatif dan kuantitatif di mana satu soal kaji selidik dalam bentuk Google Form telah diedarkan kepada orang awammelalui aplikasi Whatsapp dan e-mel. Soal selidik ini juga telah diedarkan kepada warga emas di kalangan penjawat awam yang sedang berkhidmat melalui portal jabatan bagi mendapatkan pandangan mereka terhadap penggunaan perkhidmatan e-Kerajaan. Kaedah persampelan adalah secara rawak. Sebanyak 119 responden warga emas telah diperolehi. In the past, information technology was primarily viewed as a medium to communicate and receive information. Now, information technology has become more widespread and offers various services to facilitate daily tasks. At the national level, to improve service delivery quality, the Malaysian government is actively modernising the delivery system by introducing multiple digital services in each government agency. However, in the last decade, Malaysia’s ranking at the international level in using e-Government could have been more encouraging. Malaysia is ranked 48 out of 193 United Nations (UN) member countries in the e-Government Development Index survey for 2016 (Salikha, 2018). Various obstacles are faced in increasing the use of e-Government services. The country’s low ranking in the e-Government service development index is due to multiple factors. Among them is the participation of the elderly in e-Government which is viewed as not contributing to the development of ICT in this country. The Communications and Multimedia Commission (2013) reported a decrease in the use of technology among the elderly from 9.4% in 2009 to 7.4% in 2011. The Malaysian Citizenship Policy defines the elderly as those aged 60 and above (Department of Social Welfare, Malaysia, 2019a). This study was conducted between January and June 2021 and aimed at understanding the issues and challenges faced by the elderly in using e-Government services for personal matters. This study focused on the views and challenges faced by the elderly in using e-Government services. This study was conducted using qualitative and quantitative methods, where a survey questionnaire in the form of Google Forms was distributed to the public through the WhatsApp application and email. The questionnaire was also distributed to senior citizens among civil servants who were still in service through the portal of their respective departments to obtain their views on using e-Government services. A random sampling method was used in the study, and a total of 119 elderly respondents participated. (134)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy