Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2021

Dapatan Kajian dan Cadangan Penambahbaikan Secara keseluruhannya, kajian ini menyimpulkan bahawa tahap literasi kewangan peribadi bagi golongan penjawat awam di Malaysia adalah pada tahap sederhana. Untuk meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan penjawat awam, aspek-aspek yang terkandung dalam literasi kewangan iaitu pengetahuan kewangan, tingkah laku kewangan dan juga kesejahteraan kewangan perlu ditambah baik. Beberapa perkara boleh dicadangkan kepada pihak kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan tahap literasi kewangan penjawat awam antaranya adalah dengan mengadakan program pendidikan yang lebih agresif seperti bengkel, seminar, kursus dan latihan berkaitan dengan kewangan dan pengurusan kewangan peribadi untuk meningkatkan lagi pengetahuan kewangan mereka di samping memastikan kesejahteraan kewangan mereka. Selain itu, hasil kajian ini juga mendapati bahawa terdapat beberapa faktor demografi yang memberi pengaruh terhadap tahap literasi kewangan seseorang penjawat awam. Faktor-faktor tersebut ialah jantina, umur, status perkahwinan, gred jawatan, jumlah pendapatan dan juga jumlah tanggungan. Manakala taraf pendidikan didapati tidak memberi pengaruh terhadap literasi kewangan dan kewangan peribadi dalam kalangan penjawat awam. Findings and Suggestions for Improvement The study concludes that the level of personal financial literacy among civil servants in Malaysia is moderate. To improve financial literacy among civil servants, aspects of financial literacy, i.e., financial knowledge, financial behaviour, and financial well-being, need to be improved. Among the suggestions that can be proposed to the government to enhance the level of financial literacy among civil servants to improve civil servants’ financial knowledge further and ensure their financial well-being are to hold more aggressive educational programmes such as workshops, seminars, courses, and training related to finance and personal financial management. The study also found several demographic factors that influence the financial literacy level of civil servants: gender, age, marital status, job grade, total income, and total dependents. Education level was found to have no influence on financial literacy and personal finance among civil servants. (130) Tahap Lestari Kewangan Perjawat Awam Berdasarkan Min Skor Kewangan Financial Literacy Level of Civil Servant Based on Mean Financial Score Jumlah Pendapatan Total Income

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy