Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2021

KAJIAN DAN PENYELIDIKAN Research KAJIAN TAHAP LITERASI KEWANGAN PERIBADI PENJAWAT AWAM DI MALAYSIA EN. MUHAMMAD AMMIR BIN HARON, FELO PENYELIDIK KANAN INTAN A STUDY ON THE LEVEL OF PERSONAL FINANCIAL LITERACY OF CIVIL SERVANTS IN MALAYSIA BY MR MUHAMMAD AMMIR BIN HARON, INTAN SENIOR RESEARCH FELLOW Kesedaran dan pengetahuan literasi kewangan adalah sangat penting dalam pembuatan keputusan kewangan sebagai antara usaha individu untuk mencapai kesejahteraan kewangan. Kegagalan dalam pembuatan keputusan kewangan menyebabkan ramai dalam kalangan rakyat Malaysia berhadapan kesukaran dalam menguruskan kewangan mereka sehingga menghadapi isu kewangan di luar jangkaan. Menurut laporan kaji selidik kelakuan kewangan dalam kalangan pekerja oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), seramai 64,633 individu telah diisytiharkan muflis. Isu ini juga tidak lari daripada penjawat awam yang mana mereka juga mempunyai kemungkinan termasuk dalam bilangan tersebut. Tambahan lagi, menurut hasil kajian terkini oleh Organisation for Economic Co- operation and Development (OECD) dan Bank Negara Malaysia menunjukkan aras pengetahuan kewangan rakyat Malaysia ialah rendah serta cenderung untuk mengurus keperluan semasa tanpa berpandangan jauh. Kajian ini telah dijalankan dalam tempoh Januari hingga Oktober 2021 dan mengenal pasti tahap literasi kewangan dalam kalangan penjawat awam di Malaysia dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pendekatan kajian yang digunakan adalah kuantitatif dengan membuat pengedaran borang soal selidik Google Form terbuka kepada penjawat awam di Kementerian-kementerian dan Institut Latihan Awam Malaysia. Berdasarkan 2,240 wakil responden yang diperoleh, kajian ini dapat menyimpulkan bahawa tahap literasi kewangan peribadi bagi penjawat awam di Malaysia adalah pada tahap sederhana. Oleh itu, usaha dalam meningkatkan kesedaran mengenai literasi kewangan harus lebih dipergiatkan terutamanya pada masa kini ketika negara berhadapan pandemik COVID-19 dan sedang melalui fasa pemulihan ekonomi secara beransur-ansur. Kesederhanaan dalam kehidupan dan sentiasa mengukur baju di badan sendiri merupakan konsep penting yang perlu diterapkan untuk mencapai kehidupan yang sejahtera, produktif dan sempurna. Awareness and knowledge of financial literacy are crucial in making financial decisions as it is one of an individual’s efforts to achieve financial well-being. Failure to make financial decisions causes many Malaysians to face difficulties in managing their finances, leading to unexpected financial issues. According to a survey report on financial behaviour among employees by the Credit Counseling and Management Agency (AKPK), 64,633 individuals have been declared bankrupt. This issue also affects civil servants, who may be a part of the number. Furthermore, according to the results of the latest study by the Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) and Bank Negara Malaysia, the level of financial knowledge of Malaysians is low, and they tend to manage current needs without foresight. The study was conducted from January to October 2021 to identify the level of financial literacy among civil servants in Malaysia and the factors that influence it. The research applied the quantitative approach by distributing open Google Form questionnaires to civil servants in Malaysia’s Ministries and Public Training Institutes. Based on the 2,240 respondents, the study concluded that the level of personal financial literacy among public servants in Malaysia is at a moderate level. Hence, efforts to raise awareness of financial literacy should be intensified, particularly in the current situation, as the country is facing the COVID-19 pandemic and is in gradual economic recovery. Moderation in life and spending within one’s means are important concepts that need to be inculcated to achieve a prosperous, productive, and perfect life. (129)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy