Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2021

PROGRAM JPA MENYANTUNI PESARA UZUR DAN PENJAWAT AWAM YANG DIBERSARAKAN ATAS SEBAB KESIHATAN PSD APPRECIATION PROGRAMME FOR PENSIONERS AND CIVIL SERVANTS WHO RETIRED FOR HEALTH REASONS Bahagian Pasca Perkhidmatan dengan kerjasama strategik Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Strategik dan ahli AKRAB Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengadakan Program JPA Menyantuni Pesara Uzur dan Penjawat Awam yang telah dibersarakan atas sebab kesihatan pada bulan April dan bulan Mei 2021. Programyang turut disertai oleh YBrs. Encik Mohd Shaiful bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan ini telah melibatkan seramai 20 orang pesara uzur yang telah dikenal pasti yang menetap di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Pesara yang disantuni ini turut melibatkan pesara yang telah dibersarakan atas sebab kesihatan mulai tarikh 1 Januari 2018 yang turut menerima manfaat penambahbaikan faedah Persaraan Atas Sebab Kesihatan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan 1 tahun 2021. Dalam sesi ini, pegawai dari Bahagian Pasca Perkhidmatan yang turut serta mengambil kesempatan memberi penerangan berkenaan faedah tambahan yang bakal diterima oleh pesara yang terlibat. Susulan daripada itu, semua pesara dan waris yang terlibat dengan penambahbaikan faedah persaraan ini menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan kerana menjaga kebajikan pesara yang dibersarakan atas sebab kesihatan. Selain disuntik dengan kata-kata semangat dan motivasi oleh ahli AKRAB JPA, setiap pesara yang disantuni turut menerima Sijil Penghargaan dan bakul sumbangan barang keperluan harian. In April and May 2021, the Post-Services Division, with the strategic cooperation of the Management Services Division, the Strategic Information Development and Management Division and AKRAB members of the Public Service Department, held a PSD Programme to Support Retirees and Civil Servants who retired due to health reasons. YBrs. Mr Mohd Shaiful bin Ibrahim, Director of the Post-Service Division, also attended the programme, which involved 20 disabled retirees who reside in Selangor, Kuala Lumpur, and Putrajaya. The retirees honoured include those who had to retire for health reasons from 1 January 2018 and receive the benefit of improved Retirement Due to Health benefits based on Service Circular 1 of 2021. In this session, officers from the Post-Service Division took the opportunity to explain the additional benefits that retirees will receive. The retirees and heirs who will benefit from the review expressed their appreciation, and they thanked the government for taking care of the welfare of retirees forced into early retirement because of health issues. In addition to being injected with words of encouragement and motivation by AKRAB JPA members, each retired person who was honoured also received a Certificate of Appreciation and a basket of daily necessities. Program JPA Menyantuni Pesara Uzur Dan Penjawat Awam Yang Dibersarakan Atas Sebab Kesihatan (April – Mei 2021) PSD Programme Supports Disabled Pensioners And Civil Servants Who Retired For Health Reasons (April – May 2021) (116)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy