Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2021

SESI RAMAH MESRA BERSAMA PERSATUAN PESARA KERAJAAN SABAH DI TAWAU PADA 21 MAC 2021 MEET AND GREET SESSION WITH SABAH PENSIONERS ASSOCIATION IN TAWAU ON 21 MARCH 2021 Pada 21 Mac 2021 telah diadakan Sesi Ramah Mesra Persatuan Pesara Kerajaan Sabah (PPKS) di Tawau bersama YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dengan turut dihadiri oleh YBrs. Encik Mohd Shaiful bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan, YBrs. Encik Izmat Razwan bin Mamat, Ketua Cawangan Bahagian Pasca Perkhidmatan Cawangan Sabah, YBrs. Encik Ho Lee Ngiew Pengerusi PPKS, YBrs. Encik Edmond Omar, Setiausaha PPKS dan 30 orang ahli PPKS. Dalam sesi berkenaan, YBhg. Tan Sri turut menyampaikan Sijil Penghargaan dan sumbangan barang keperluan harian kepada pesara uzur yang juga merupakan ahli PPKS iaitu Puan Tan Sam Moi @ Thien Nyuk Lan berusia 73 tahun dan Encik Liew En Hing berusia 79 tahun. Kedua-dua mereka merupakan pesara Jabatan Telekom Malaysia. Puan Tan SamMoi @Thien Nyuk Lan menyandang jawatan Pembantu Tadbir Rendah sebelum bersara, kini sedang menderita sakit kanser sejak tahun 2018 dan masih menjalani rawatan susulan di Hospital Tawau. Manakala, Encik Liew En Hing dilantik ke jawatan Juruteknik mulai tarikh lantikan pada 1 Jun 1967 sebelum beliau bersara pada 1 Januari 1987 apabila Jabatan Telekom Malaysia diswastakan turut menerima Sijil Penghargaan dan sumbangan barang keperluan harian. Sebelum sesi ramah mesra bersama YBhg. Tan Sri KPPA, sesi soal jawab urusan persaraan dan penerangan berkenaan aplikasi MyPesara kepada semua ahli PPKS telah disampaikan oleh Encik Mohd Adib bin Abdul Aziz, Ketua Unit Sinergi Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA. On 21 March 2021, a Friendly Session with Sabah Government Pensioners Association (PPKS) was held in Tawau with YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib bin Abdul Rahman, Director General of Public Service. Also present were YBrs. Mr Mohd Shaiful bin Ibrahim, Director of Post Service Division, YBrs. Mr. Izmat Razwan bin Mamat, Head of Post Service Division Sabah Branch, YBrs. Mr Ho Lee Ngiew, PPKS Chairman, YBrs. Mr Edmond Omar, PPKS Secretary, and 30 PPKS members. The session saw YBhg. Tan Sri presented Certificates of Appreciation and donations of daily necessities to elderly pensioners, Mrs Tan Sam Moi @ Thien Nyuk Lan, 73 and Mr Liew En Hing, 79, who were also PPKS members. Both are Telekom Malaysia Berhad retirees. Mrs Tan Sam Moi @ Thien Nyuk Lan, a former Junior Administrative Assistant before her retirement, has had cancer since 2018. She is still undergoing follow-up treatment at Tawau Hospital. As for Mr Liew Mr Hing, he was appointed as a technician on 1 June 1967 before retiring on 1 January 1987 when Telekom Malaysia Berhad was privatised. Before the friendly session with YBhg. Tan Sri DGPS, a question-andanswer session on retirement matters and a briefing on the MyPesara application to all PPKS members were delivered by Encik Mohd Adib bin Abdul Aziz, Head of the Synergy Unit of JPA’s Post Service Division. (115) Sesi Ramah Mesra Bersama Persatuan Pesara Kerajaan Sabah Di Tawau Pada 21 Mac 2021 Meet And Greet Session With Sabah Pensioners Association In Tawau On 21 March 2021

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy