Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

87 Cadangan Penambahbaikan Program AKRAB 1. Sentiasa memfokuskan program pembangunan kompetensi AKRAB dari segi pengendalian sesi bimbingan, pengurusan program dan kemahiran pengucapan awam. 2. Menggalakkan sumbangan dan penglibatan ahli AKRAB di Kementerian/ Pasukan dan persekitaran mereka. 3. Mempelbagaikan inisiatif program memperkasakan ahli AKRAB supaya dapat mencalonkan diri untuk anugerah AKRAB pada masa akan datang. Ulasan (Keseluruhan) Penyelaras Kementerian / Jabatan / Agensi Ahli AKRAB Kementerian Pertahanan sering menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh minat dan dedikasi, selain berusaha memperbaiki kemahiran dan kompetensi diri melalui penyertaan kursus, seminar dan bengkel anjuran kementerian atau agensi luar. AKRAB diiktiraf oleh Ketua Jabatan khususnya di peringkat markas/pasukan dan menjadi sokongan pada Cawangan Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pertahanan dalam memastikan kelangsungan pelaksanaan aktiviti bimbingan berterusan kepada warga awam dan anggota di tempat kerja. Secara keseluruhannya, ahli AKRAB Kementerian Pertahanan sentiasa digalakkan untuk memanfaatkan peluang pembangunan kendiri berterusan agar menjadi tauladan yang baik kepada rakan sekerja dari segi kualiti kerja dan keperibadian, malah menjadi inspirasi bagi aspek semangat kesukarelawan. Cawangan Pengurusan Psikologi mengucapkan syabas kepada semua ahli AKRAB yang sentiasa menyumbang kepada Kementerian Pertahanan dan perkhidmatan awam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy