Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

82 seramai 45 orang yang terdiri daripada ahli AKRAB Kementerian Pertahanan di seluruh Malaysia. Program ini juga melayakkan peserta mendapat sijil pengamalan. Program pasca merupakan program latihan yang diadakan setiap tahun untuk ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Kementerian Pertahanan sebagai usaha menambah baik ilmu serta kemahiran menyampaikan perkhidmatan bimbingan kepada rakan sekerja dalam persekitaran tempat kerja. PROGRAM PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI KEMENTERIAN PERTAHANAN SIRI 1/ 2022 Program Pengurusan Kewangan Kementerian Pertahanan Tahun 2022 anjuran Cawangan Pengurusan Psikologi telah dilaksanakan di Pusat Latihan JAKOA Damansara Damai, Selangor. Kursus ini melibatkan peserta-peserta daripada penjawat awam Kementerian Pertahanan yang berada di Zon Tengah. Penceramah jemputan, Encik Salleh bin Mohd Nor dari Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka, dan barisan fasilitator kaunselor dan ahli ARKAB adalah Puan Deena Laskhmy Thanpal dan Encik Muaz Mubasyir Bin Zaidin serta Puan Nooraani Binti Abu Hassan. Pengisian program ini meliputi aktiviti ceramah, simulasi dan kelompok sokongan bagi membantu peserta mengenal pasti profile kewangan diri dan mengenal pasti strategi aliran tunai termasuk hutang dan simpanan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy