Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

72 LAPORAN PROGRAM AKRAB KEMENTERIAN DAN JABATAN/AGENSI BAGI TAHUN 2022 NAMA PROGRAM : HARI PSIKOLOGI MOTAC TARIKH PROGRAM : 26 OKTOBER 2022 TEMPAT PROGRAM : MEMORIAL TUN HUSSEIN ONN, KUALA LUMPUR LATAR BELAKANG Pelaksanaan Program Hari Psikologi MOTAC ini diadakan bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang jatuh pada 10 Oktober setiap tahun. Program ini telah pun diluluskan di dalam Pelan Operasi Latihan (POL) Tahun 2022 MOTAC. Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada Pegawai dan Ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) kementerian/Jabatan/Agensi di bawah MOTAC. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama AKRAB Arkib Negara Malaysia. OBJEKTIF PROGRAM 1. Memfokuskan kepada pencaknaan kesihatan mental di kalangan warga MOTAC; 2. Memberi pendedahan kepada warga MOTAC berkaitan ilmu psikologi; dan 3. Memastikan warga MOTAC mendalami aspek kesejahteraan minda supaya dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy