Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

66 6) CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB Dalam usaha untuk menambahbaik pelaksanaan aktiviti AKRAB di peringkat Agensi dan Kementerian, Unit Psikologi KSM selaku penyelaras akan meningkatkan kerjasama dengan dengan pihak berkepentingan terutama ketua-ketua Jabatan dan pengurus sumber manusia untuk menyokong aspirasi pelaksanaan AKRAB disemua peringkat. Antara perkara yang akan diberi penekanan ialah; i. Mewujudkan jaringan kerjasama yang lebih kukuh dengan semua pihak berkepentingan dan sesi perbincangan berterusan supaya pihak pengurusan memahami peranan yang boleh dimainkan oleh rakan AKRAB dalam membantu agensi menguruskan sumber manusia ii. Latihan peningkatan kompentensi secara berterusan untuk meningkatkan kemahiran rakan AKRAB sejajar dengan keperluan semasa. iii. Memperkasakan peranan AKRAB dengan pengembelingan sumber secara maksimum untuk memberi impak secara langsung kepada warga kerja di Agensi Pengiktirafan terhadap rakan AKRAB dan agensi yang meyokong pelaksanaan AKRAB akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang untuk memberi sumber inspirasi kepada rakan AKRAB yang yang lain untuk terus menyumbang khidmat kepada warga kerja. Dari segi penambahan keahlian AKRAB pihak kementerian akan menilai keperluan mengikut nisbah perjawatan kakitangan diperingkat Kementerian dan Agensi termasuk melantik rakan AKRAB untuk memastikan setiap pejabat cawangan mempunyai sekurang-kurangnya dua orang dikalangan kakitangan lelaki dan wanita untuk mengendalikan permasalahan yang berbangkit secara menyeluruh. Selain dari itu, aspek promosi akan digiatkan lagi untuk menyebar luas maklumat peranan rakan AKRAB kepada seluruh warga kerja Kementerian dan Agensi

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy