Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

64 3) KURSUS PROFESIONALISME AHLI AKRAB KSM 2022 Kursus profesionalisme Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) KSM ini dilaksankan pada 20 hingga 21 september 2022 bertempat di Bilik VIP, aras 5, Blok D8 Kompleks D Putrajaya. Pelaksanaan kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran ahli AKRAB KSM sejajar dengan keperluan perkhidmatan semasa. Pada kursus ini telah dikendalikan oleh Tuan Sadli Bin Osman. Penekana dalam kursus peningkatan profesionalisme ini melibatkan kaedah penilaian masalah, penyedian pelaporan, perancangan aktiviti bimbingan, latihan bimbingan dan pengurusan kewangan. Melalui kursus ini peserta dilatih dan dinilai supaya mereka mampu untuk melaksanakan proses bimbingan dan penyediaan laporan dengan lebih berkesan. 4) MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA AKRAB KSM TAHUN 2022 Mesyuarat Ahli jawatankuasa Induk AKRAB KSM merupakan medium perbincangan dan perancangan bagi gerak kerja AKRAB peringkat KSM. Mesyuarat AJK induk telah dirancang sebanyak tiga kali setahun mengikut sukuan tahun. Pada tahun 2022, Mesyuarat AJK AKRAB telah Berjaya dilaksanakan berdasarkan perancangan yang telah dibuat seperti berikut;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy