Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

59 2) SESI TERAPI MUZIK BERSAMA KANAK – KANAK ROHINGYA Sesi Terapi Muzik bersama kanak-kanak Rohingya ini telah dilaksanakan dengan kerjasama peserta In-House Master Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 9 Ogos 2022 (Selasa), bermula jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang, bertempat di Rabbaniyah Educare, Ampang, Kuala Lumpur. Sesi ini telah menyantuni 90 orang kanak-kanak Rohingya yang diadakan secara santai. AKRAB KLN telah membuat jalinan mesra bersama warga (ALC). Selain itu, sesi ini juga telah mengadakan beberapa aktiviti seperti makan bersama dan membantu mengemas halaman premis Pusat Pendidikan Alternatif (ALC).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy