Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

54 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB Cadangan penambahbaikan program AKRAB. - Pengiktirafan Anugerah AKRAB akan diadakan semasa Seminar AKRAB bagi memberi pengiktirafan kepada ahli AKRAB KPM. JPA perlu menghantar borang untuk pencalonan lebih awal supaya pencarian calon boleh dilakukan dengan teratur. - Menambahkan keahlian Keahlian disasarkan seramai 500 orang setiap tahun dan akan ditauliahkan semasa seminar AKRAB termasuk PGB. - Program berkala iaitu kursus Tahap 1 dan 2 perlu diadakan secara sistematik dan teratur bagi melicinkan perjalanan program. - Perbanyakkan Jurulatih Utama AKRAB supaya kursus dapat dijalankan dengan jurulatih boleh menampung kapasiti peserta. ULASAN (KESELURUHAN) PENYELARAS KEMENTERIAN/ JABATAN/ SUK Pada tahun 2021, Program AKRAB berjaya dilaksanakan mengikut takwim yang dirancang. Begitu juga dengan program tambahan iaitu Program Pemantapan Pengupayaan AKRAB KPM dapat dilaksanakan dengan lancar. Fokus utama pada tahun ini adalah memperkasakan ahli AKRAB dari segi ilmu pengetahuan tentang psikologi dan kaunseling. Ini kerana, ahli AKRAB juga mengalami proses pasca Covid-19. Sokongan kepada rakan sekerja amat penting untuk meningkatkan kesejahteraan emosi. Oleh itu ceramah secara dalam talian untuk ahli AKRAB sentiasa dijalankan supaya mereka menjalankan tugas mengikut landasan yang telah digariskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia, Dasar Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam Versi 1.0 (2022). Secara kesuluruhannya, AKRAB KPM bagi tahun 2021 telah berjaya mencapai KPI dan pada tahun hadapan perancangan yang memberi fokus kepada program pembangunan dan kompetensi dalam kalangan ahli AKRAB akan terus dilaksanakan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy