Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

49 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB • Memberikan pengiktirafan kepada AKRAB cemerlang bagi individu dan organisasi selain anugerah sedia ada daripada JPA. • Mewujudkan direktori AKRAB Kementerian dan Jabatan. • Mengadakan kursus-kursus kompetensi bagi memperkasa kemahiran ahli AKRAB. ULASAN (KESELURUHAN) PENYELARAS KEMENTERIAN Program yang dirancang dan sesi bimbingan telah berjaya dilaksanakan bersesuaian dengan keperluan pelaksanaan AKRAB di Kementerian. Sesi bimbingan yang dilaksanakan adalah sebagai satu saluran memberikan sokongan di kalangan penjawat awam dalam meningkatkan potensi diri manakala program yang dilaksanakan dapat membantu meningkatkan kemahiran ahli AKRAB itu sendiri dalam melaksanakan tugas sebagai ahli AKRAB dengan jayanya. Sehubungan itu, program dan sesi bimbingan tersebut akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan fungsi dan impak AKRAB dapat dimanfaatkan oleh semua warga Kementerian. Mesyuarat Induk AKRAB Bil. 3 Mesyuarat Induk AKRAB Bil. 4

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy