Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

44 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB 1. Mengadakan program kerjasama strategik AKRAB yang melibatkan kementerian atau jabatan lain bagi memperluaskan jaringan kerjasama dan perkongsian ilmu dan pengalaman berterusan; 2. Memfokuskan program pembangunan kompetensi AKRAB dari segi pengendalian sesi bimbingan, pengurusan program dan kemahiran komunikasi; 3. Memberikan pengiktirafan kepada ahli AKRAB yang aktif di peringkat negeri; dan 4. Penyediaan ruang khas/ bilik untuk AKRAB menjalankan sesi bimbingan kepada warga kerja KKM. ULASAN (KESELURUHAN) PENYELARAS KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA AKRAB Kementerian Kesihatan Malaysia telah bekerjasama erat dengan pegawai-pegawai psikologi bagi memperkasakan perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling. Sokongan daripada pihak atasan dan ketua jabatan adalah sangat penting dalam memperkasakan perkhidmatan ahli AKRAB di jabatan masing-masing.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy