Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

31 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB a. Membudayakan perkongsian kepakaran dan ilmu dari AKRAB yang telah menerima anugerah atau AKRAB yang berpotensi tinggi bagi menggalakkan budaya pembelajaran berterusan; b. Mengadakan program kerjasama strategik AKRAB yang melibatkan kementerian atau jabatan lain memperluaskan jaringan kerjasama dan perkongsian ilmu dan pengalaman berterusan; c. Mengadakan pogram refresher Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) kepada semua ahli AKRAB seluruh Malaysia bagi menjelaskan perancangan AKRAB di seluruh Malaysia secara berfokus dan strategik;dan d. Menjajarkan program AKRAB dengan keperluan pencapaian petunjuk prestasi dasar yang terkini dan relevan. ULASAN (KESELURUHAN) PENYELARAS KEMENTERIAN / JABATAN / AGENSI Secara keseluruhan Program AKRAB Kementerian Kewangan bagi tahun 2022 berjaya dilaksanakan dengan komitmen dan sokongan ahli AKRAB di Kementerian dan Jabatan/Agensi. Semangat kerjasama jitu dan berpasukan yang tinggi antara semua ahli AKRAB terus dipamerkan dalam usaha mendekati, membimbing dan membantu warga kerja. Kejayaan dan maklum balas yang positif diterima menunjukkan bahawa AKRAB Kementerian Kewangan amat komited dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy