Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

19 MESYUARAT DAN PENCAPAIAN TERBAIK AKRAB JPM CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB Bagi memastikan AKRAB JPM dan jabatan di bawahnya terus menyumbang kepada kesejahteraan warganya dan perkhidmatan awam amnya, satu cadangan penambahbaikkan perlu dilakukan. Cadangan tersebut adalah, setiap jabatan perlu ada Penyelaras AKRAB dan Penyelaras yang bukan terdiri daripada Pegawai atau Penolong Pegawai Psikologi harus mengikuti program Pra AKRAB dan ditauliahkan sebagai ahli AKRAB. Ini bagi membolehkan objektif dan peranan AKRAB dapat difahami dan dijayakan oleh semua peringkat kumpulan pekerja terutama dari aspek pelaksanaan program dan kelulusan peruntukkan yang sewajarnya. ULASAN PENYELARAS Tahun 2022 AKRAB Jabatan Perdana Menteri (JPM) terus berkerjasama erat dengan Seksyen Pengurusan Psikologi BSM, JPM dan beberapa rakan strategik baharu seperti Institut Pendidikan Guru Malaysia, Majlis AKRAB Kebangsaan dan Jabatan Pembangunan Wanita dalam usaha memperkasakan perkhidmatan Psikologi & Kaunseling kepada warga JPM. Stragtegi kerjasama ini dilihat sebagai langkah yang bijak dan perlu diteruskan dimasa hadapan selari dengan hasrat YBhg. Dato Sollehuddin Alyubi B.Zakaria (TKSUK JPM) bagi mengelakkan budaya kerja silo dikalangan warga JPM. AKRAB JPM juga wajar diberi penghargaan kerana tanpa henti bergerak secara progresif dengan pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti secara bersemuka setelah dua tahun tertumpu kepada perkhidmatan dalam talian. Semoga usaha dan semangat ini terus membara dan memberi manfaat kepada semua penjawat awam. MESYUARAT AKRAB JPM @ SP8, SP1 MESYUARAT AKRAB JPM @ ILKEM MESYUARAT PENYELARASAN HARI TERBUKA AKRAB JPM@BPH AKRAB JKSM@TV ALHIJRAH PENGERUSI AKRAB JPM SELAKU TIMB. PRESIDEN MAK AKRAB PKPMP SELAKU EXCO MAK LAWATAN AKRAB IPG CYBERJAYA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy