Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

187 AKTIVITI AKRAB BERSAMA RAKAN STRATEGIK MOT Aktiviti: Misi Bantuan Pasca Banjir Tarikh: 6 Januari 2022 Tempat: Kampung Karak Setia, Pahang Misi bantuan banjir Kementerian Pengangkutan ini diadakan di Kampung Karak Setia, Pahang melibatkan 15 orang warga MOT bersama seorang ahli dan Penyelaras AKRAB. Misi tersebut telah menyumbangkan bantuan tenaga bagi membantu penduduk Kg. Karak Setia, Pahang mencuci kediaman yang telah terjejas akibat bencana banjir. Aktiviti: Program Riang Ria Cuti Sekolah Tarikh: 9 September 2022 Tempat: Dewan Serbaguna, Aras 2, MOT Sempena cuti sekolah pada bulan Ogos 2022. Pihak AKRAB Bersama Kelab Kebajikan dan Sukan MOT telah bekerjasama menganjurkan Program Riang Ria Cuti Sekolah khas kepada anak warga MOT. Seramai 30 orang peserta telah menyertai program ini.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy