Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

182 • Lawatan PSYCARE AKRAB kepada Encik Amiaswandi Bin Amihan kerana telah mengalami kecelakaan jalan raya. 6. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DAN ULASAN 6.1 Cadangan Penambahbaikan Program AKRAB Meningkatkan lagi kesedaran warga kementerian dan Pengurusan Tertinggi tentang fungsi AKRAB terhadap perkhidmatan menolong/membantu dengan mesra. Program AKRAB perlu diperluaskan kepada warga KWP dan agensi dengan mengenal pasti aktiviti yang menepati keperluan warga kementerian yang bersifat relevan dan terkini dengan arus semasa. 6.2 Ulasan (Keseluruhan) Penyelaras Kementerian/Agensi Secara keseluruhannya, matlamat penubuhan AKRAB di KWP mencapai objektif yang disasarkan. Ahli-ahli AKRAB KWP perlu terus diberi peluang mempergiatkan lagi aktiviti agar kewujudan AKRAB lebih dirasai dan dikenali warga. Sungguhpun begitu, kekuatan pelaksanaan AKRAB mendapat pengiktirafan daripada semua peringkat Pengurusan di KWP. 7. PENUTUP Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) terus memberi komitmen dalam pelaksanaan AKRAB. AKRAB telah memberi manfaat kepada keharmonian dan keceriaan warga KWP dalam memberikan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan awam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy