Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

173 4.1 Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam atau lebih sinonim dengan panggilan AKRAB telah ditubuhkan di agensi-agensi sektor awam berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2015 – Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. Ahli AKRAB menerima latihan ilmu asas kaunseling secara formal menerusi modul-modul yang sistematik dan ditauliahkan sebelum dibenarkan menjalani sesi bimbingan. Ahli AKRAB tidak menjalankan sesi kaunseling sebagaimana kaunselor terlatih, ahli AKRAB hanya bertindak sebagai pembimbing bagi rakan sekerja untuk berada pada landasan kerja yang betul. 4.2 Jumlah ahli AKRAB di Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bersama Agensi dan Jabatan dibawahnya adalah seramai 245 orang. Ahli AKRAB telah berjaya mengendalikan sejumlah 68 untuk sesi bimbingan. Sesi bimbingan yang dijalankan oleh ahli AKRAB meliputi masalah keluarga, peribadi dan cara menguruskan stress yang dialami oleh klien bimbingan Ahli AKRAB. 4.3 Dengan pencapaian sedemikian, kewujudan dan fungsi AKRAB di Kementerian dan Agensi dapat dirasai sekaligus membantu Pengurusan Sumber Manusia dan Unit Pengurusan Psikologi mengawal isu-isu berkaitan kakitangan di KWP dan Agensi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy