Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

147 Hari Psikologi & Terbuka AKRAB KBS Tahun 2022 23 November 2022 (Rabu) Hari Psikologi Dan Terbuka AKRAB KBS Tahun 2022 dengan bertemakan “SIHAT” ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran berkaitan kepentingan menjaga kesihatan mental, emosi, fizikal dan sosial untuk terus kekal relevan dalam perkhidmatan. Di samping itu, program ini juga dapat mengangkat Perkhidmatan Psikologi dan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) khususnya di Kementerian Belia Dan Sukan. Program ini juga turut menjemput pempamer-pempamer dari jabatan dan agensi yang menawarkan perkhidmatan psikologi kaunseling kepada penjawat awam. Program telah disempurnakan oleh Abdullah Bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Program juga turut diserikan dengan 3 perkongsian iaitu "Sihat" oleh Encik Muhammad Izuddin Bin Ghazali, "Minda Positif" oleh Puan Faridah Bt Abdul Jalil, "Terapi Ketawa" oleh Encik Surenthiran Pillai A/L Venayagam Pillai dan "Heart Attack Is A Silent Killer" oleh YBrs. Dr. Ahmad Huzaifah bin Zulkifli. Semoga perkongsian tersebut memberi manfaat buat TeamKBS. MESYUARAT DAN LAIN- LAIN Mesyuarat Jawatankuasa AKRAB Bil. 1/ 2022 10.3.2022 (Khamis) Bilik Mesyuarat Aras 5, BPSM Menara KBS Mesyuarat Jawatankuasa AKRAB Bil. 2/2022 9.6.2022 (Khamis) Bilik Mesyuarat Aras 5, BPSM Menara KBS Mesyuarat Jawatankuasa AKRAB Bil. 3/2022 20.10.2022 (Khamis) Bilik Mesyuarat Aras 6, BKP Menara KBS.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy