Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

130 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB Cadangan penambahbaikan program AKRAB: • Pengukuhan peranan AKRAB - Mengeluarkan satu garis panduan bagi menjelaskan peranan AKRAB di dalam membantu warga Kementerian/Jabatan agar pihak pengurusan mengiktiraf peranan AKRAB dikalangan warga • Kualiti vs Kuantiti - Memperkukuhkan peranan ahli AKRAB bukan hanya pada penambahan bilangan ahli AKRAB tetapi kepada mempertingkatkan kemahiran ahli AKRAB secara menyeluruh. • Peningkatan kompetensi ahli AKRAB - Memperbanyakkan bengkel – bengkel yang bersesuaian untuk mempertingkatkan kompetensi ahli AKRAB sesuai dengan usaha untuk menggalakkan AKRAB melaksanakan sesi bimbingan. ULASAN (KESELURUHAN) PENYELARAS Secara keseluruhannya, AKRAB Kementerian ini memberi kerjasama dan berusaha untuk terus menyumbang peranan mereka dalam membawa kesejahteraan kepada warga. Peranan AKRAB bukan sahaja dirasai tetapi menjadi rujukan pihak pengurusan untuk membantu pegawai – pegawai yang berisiko. Terdapat juga program – program CSR di dan bengkel – bengkel anjuran AKRAB yang dilaksanakan di peringkat jabatan/ agensi atas inisiatif ahli AKRAB untuk mengamplikasi ilmu dan pengetahuan mereka dalam membimbing warga ke arah mencapai modal insan cemerlang.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy