Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

118 MESYUARAT RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB) KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN AIR (KASA) TAHUN 2022 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB Mengadakan program yang boleh meningkatkan nilai input kepada Ahli AKRAB agar dapat memperkukuhkan lagi kemahiran-kemahiran menolong yang ada pada setiap Ahli AKRAB KASA. ULASAN (KESELURUHAN) PENYELARAS KEMENTERIAN Ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) bagi Kementerian Alam Sekitar dan Air baru bermula pada tahun 2021. Seramai 30 orang pegawai yang telah ditauliahkan pada 27 Januari 2022 yang di sempurnakan oleh YB Menteri. Oleh yang demikian, keseluruhan Ahli AKRAB KASA adalah berjumlah 176 orang yang mewakili jabatan dan agensi. Kementerian Alam Sekitar dan Air telah melantik jawatankuasa Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) pada 24 Februari 2022 dan seramai 29 orang pegawai telah dipilih bagi mewakili biro-biro seperti biro Latihan, Promosi, Kerohanian dan Kebajikan. Pada tahun ini juga AKRAB KASA telah mengadakan kerjasama dengan PUSPANITA KASA dan juga Kelab Sukan, Kebajikan dan Kesukarelawan (KSKK) KASA dengan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy