Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

113 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB Cadangan penambahbaikan program AKRAB i. Penyediaan Pelan Strategik AKRAB KUSKOP bagi memastikan visi, misi AKRAB mencapai kejayaan ke arah yang lebih optimum selaras kehendak organisasi; ii. Mengadakan program AKRAB secara kolabarasi dengan agensi di bawah kementerian atau AKRAB Kementerian lain bagi penjanaan idea, input dan pengembangan networking sesama ahli; iii. Mempelbagaikan inisiatif dalam mempertingkatkan kompetensi ahli AKRAB supaya mereka fokus kepada meningkatkan kemahiran membimbing bagi memperkasakan peranan AKRAB di kementerian/agensi; iv. Selain daripada itu, JPA/ MAK boleh menganjurkan sebarang pertemuan/ sesi dialog bagi mengumpulkan ahli-ahli AKRAB dari pelbagai kementerian bagi berkongsi idea dan ilmu pengetahuan agar boleh memperkembangkan pengetahuan ahli AKRAB. ULASAN (KESELURUHAN) PENYELARAS KEMENTERIAN/ JABATAN/ SUK Secara keseluruhannya, ahli AKRAB di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah memainkan peranannya melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang. Penglibatan AKRAB sebagai rakan strategik Unit Pengurusan Psikologi KUSKOP juga amat baik dan membanggakan apabila membantu dalam melaksanakan programprogram AKRAB di kementerian. Selain itu, pertambahan ahli baru AKRAB bagi tahun 2022 di KUSKOP diharapkan dapat memberikan nilai tambah dan memainkan peranan yang aktif dalam memperkasakan keberadaan AKRAB dalam perkhidmatan awam. Kepelbagaian sumbangan dan kemahiran masing-masing ahli AKRAB terhadap kementerian dapat membantu rakan-rakan sekerja meneruskan perubahan positif untuk kecemerlangan diri dan organisasi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy