Laporan Tahunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2022

105 Puan Nor Hafizah binti Hj. Haron Pegawai Penguatkuasa KP44 Bahagian Penguat Kuasa, KPDNKSH Panel mewakili Malaysia dalam Seminar Perlindungan Harta Intelek secara atas talian di Manila, Filipina anjuran Asia Video Industry Association (AVIA) bersama Coalition Against Piracy (CAP) pada 2 September 2022. Tajuk perkongsian: "Lessons Learned from Site Blocking in Malaysia" 3.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB 5.1 Melaksanakan kursus / program ulangkaji kemahiran bimbingan untuk ahli AKRAB supaya ahli AKRAB dapat mengaplikasikan kemahiran dan memainkan peranan sebenar mereka sebagai rakan pembimbing dengan lebih yakin dan efektif. 5.2 Mewujudkan lebih banyak platform untuk memperkasakan peranan AKRAB terutama daripada segi kemahiran sesi bimbingan dan fasilitator menerusi penglibatan dalam program / aktiviti Kementerian serta rujukan kes kepada ahli AKRAB oleh pihak jabatan. 5.3 Membuat penelitian semula keahlian AKRAB KPDNKSH melalui proses pemutihan supaya kefungsian ahli AKRAB dapat dioptimumkan dan peranan sebagai rakan pembimbing dapat diperkasakan secara lebih efektif. 5.4 Menambah bilangan keahlian AKRAB khususnya di peringkat bahagian / negeri / cawangan yang tiada / kurang ahli supaya lebih ramai warga KPDNKSH mendapat manfaat daripada perkhidmatan bimbingan daripada ahli AKRAB. 5.5 Mewujudkan Sistem Rekod Perkhidmatan AKRAB yang khusus bagi mengawal selia aktiviti / program bimbingan yang dilaksanakan selain memastikan kefungsian ahli AKRAB di peringkat jabatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy