Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

86 pembelajaran berterusan melalui perkongsian pengalaman mentor kepada menti dan membudayakan kerja berprestasi tinggi dengan menjadikan mentor sebagai role model. Proses pembelajaran dalam program ini juga berlangsung secara formal dan tidak formal bergantung kepada keperluan mentor dan menti. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah memberikan latihan kepada mentor dengan penyediaan kursus generik selama dua (2) hari iaitu Kursus Mengurus Kesejahteraan Pekerja dan Penyeliaan Berkesan sebagai fasa pembelajaran mentor. Manakala Bengkel TOT Program Pementoran telah diadakan kepada mentor dan menti secara atas talian untuk memberikan pendedahan serta pengetahuan berhubung peranan dan keperluan pementoran dalam perkhidmatan awam. Bengkel ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu Puan Siti Hasiah binti Jusoh dan Puan Maemuna binti Abidin. Selain itu, Sesi Refleksi Mentor dan Menti telah diadakan sebanyak empat empat (4) sesi di dalam bentuk kelompok bagi mengukuhkan pemahaman dan pengetahuan seterusnya meningkatkan kompetensi pegawai. Sesi refleksi berkala ini menekankan kepada pengukuhan empat (4) kompetensi yang diukur dalam pementoran iaitu:- i. Kompetensi Personel ii. Kompetensi Budaya iii. Kompetensi Profesional iv. Kompetensi Sosial Secara keseluruhannya, Program Pementoran ini telah berjalan dengan lancar. Kerjasama yang diberikan oleh peserta turut baik sepanjang tempoh ini walaupun berhadapan dengan pelbagai kekangan tugas hakiki dan juga pandemik COVID-19. Pelaksanaan program menggunakan kemudahan digitalisasi amat penting bagi mendepani situasi kebiasaan baru.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy