Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

85 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK: Pelaksanaan Program Pementoran Dalam Perkhidmatan Awam merupakan salah satu program yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005: Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2010: Panduan Pelaksanaan Pementoran Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. Program Pementoran Dalam Perkhidmatan Awam Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) bagi Tahun 2021 telah dilaksanakan bermula Mac hingga Oktober 2021. Fokus program ini adalah kepada pegawai lantikan baharu bagi tahun 2020 dan 2021 terdiri daripada lima (5) orang Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) dan 15 orang daripada Kumpulan Pelaksana. Manakala mentor yang dilantik adalah seramai lima (5) orang daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) dan 15 orang daripada Kumpulan Pelaksana. Secara keseluruhannya, seramai 18 orang mentor dan 20 orang menti terlibat dalam program ini. Proses pemilihan menti adalah tertumpu kepada pegawai lantikan baharu dalam tempoh perkhidmatan iaitu di antara satu (1) hingga dua (2) tahun. Semua menti telah dipadankan dengan mentor yang terdiri daripada penyelia masingmasing. Justifikasi pemilihan penyelia sebagai mentor adalah supaya setiap perkongsian ilmu pengetahuan dan nilai-nilai peribadi boleh berlaku secara langsung antara penyelia dan pegawai seliaan melalui pelbagai medium komunikasi. Objektif program ini diadakan adalah memberi fokus kepada menti bagi peningkatan pemahaman berkaitan kompetensi profesional, kompetensi budaya kerja, kompentensi peribadi dan kompetensi sosial melalui bimbingan, sokongan dan bantuan oleh mentor. Program Pementoran merupakan program latihan dalam perkhidmatan yang menggunakan konsep saling berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman (tacit knowledge) di antara pegawai senior/ penyelia dengan pegawai lantikan baharu. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan pembangunan kompetensi menti daripada aspek profesional, kendiri dan hubungan sosial, meningkatkan potensi dan kerjaya menti dalam organisasi, menerapkan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy