Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

59 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia mewakili Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan) Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. Dalam amanah yang disampaikan beliau menyatakan bahawa perubahan dunia masa kini dengan cabaran globalisasi, Knowledge-worker, Knowledgeeconomy dan cabaran Industri 4.0 menuntut tenaga kerja lebih bersedia, terbuka dan fleksibel dalam mengendalikan urusan kerja seharian. Melalui program pementoran ini, output yang dikeluarkan memiliki kelebihan persaingan yang mantap dan menggalakkan amalan pembelajaran berterusan di samping mengurus modal insan secara efektif dan menyeluruh tanpa mengabaikan elemen psikologi dan kemanusiaan. Besarlah harapan saya kepada kumpulan mentor dan menti pada tahun ini agar menunjukkan peningkatan yang lebih baik daripada pelaksanaan sebelum ini terutama berkaitan aspek impak program secara keseluruhan dan pencapaian impak berdasarkan domain kompetensi yang diukur.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy