Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

58 10.Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK : Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Seksyen Pembangunan Modal Insan telah menganjurkan Bengkel (TOT) Pementoran Perkhidmatan Awam Tahun 2020 dan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan kepada Mentor dan Menti, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli pada 10 dan 11 Ogos 2020 bertempat di Dewan Baiduri, KeTSA. Program ini akan mengambil masa selama 6 bulan yang dijangka akan ditamatkan pada bulan Mac 2021. Bilangan mentor dan menti yang terlibat pada kali ini seramai 16 orang iaitu 8 orang mentor dan 8 orang menti yang dilantik. Merujuk kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2010 Program Pementoran merupakan satu pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional oleh mentor (pegawai yang terlatih, berkemahiran dan beretika) bagi pembangunan diri menti (pegawai yang memerlukan bimbingan). Pendekatan ini melibatkan aktiviti perhubungan, pemindahan kemahiran peribadi dan profesional seorang pegawai dalam jangka masa yang ditetapkan. Objektif seperti berikut: i. Menggabung jalinkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam situasi pekerjaan yang sebenar di pejabat; ii. Menangani masalah pengurusan diri di pejabat untuk menghasilkan kualiti kerja yang tinggi; iii. Menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan diri untuk menyelesaikan masalah serta membuat keputusan yang rasional di pejabat; dan iv. Menggalakkan budaya pembelajaran sepanjang hayat. Bahagian ini telah menjemput pegawai psikologi daripada Bahagian Pengurusan Psikologi , Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Sains, Teknologi, & Inovasi (MOSTI) sebagai penceramah bagi mengendalikan bengkel tersebut yang telah diadakan selama 2 hari. Sebelum bengkel bermula satu majlis Penyampaian Watikah Perlantikan kepada mentor dan menti yang terpilih telah diadakan. Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Anuar Bin Othman Setiausaha

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy