Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

29 berpeluang mengemukakan isu-isu sepanjang proses pelaksanaan pementoran ini dan berkongsi pengalaman tentang pementoran yang dijalankan. Para peserta saling bertukar idea dan pendapat bagi memastikan program pementoran berjalan dengan lancar dan teratur. Melalui pemantauan yang dijalankan, para mentor telah membantu menti dalam meningkatkan kompetensi profesional dan personel menti. Secara tidak langsung, profesion dan daya kepimpinan mentor juga dapat digilap dengan lebih baik. Pemantauan selanjutnya dijalankan melalui aplikasi Whatsapp yang telah diwujudkan oleh pihak urusetia memandangkan perjumpaan secara fizikal adalah terbatas. Terdapat mentor yang telah mengambil inisiatif menggunakan platform Google meet sebagai alternatif bertemu secaya maya dengan menti sepanjang musim COVID 19 ini. Secara keseluruhannya, Program Pementoran di kementerian ini berjaya dilaksanakan walaupun berdepan dengan cabaran pandemik. Program ini perlu diteruskan di dalam perkhidmatan awam agar lebih ramai penjawat awam yang kompeten dalam pelbagai aspek kerjaya dan kehidupan berjaya dibentuk demi kesejahteraan psikologi mereka. Program Pementoran ini mampu mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan mesra. Sesungguhnya, melalui hubungan baik tersebut ia mampu menyumbang ke arah suasana kerja yang lebih sihat, ceria dan dapat meningkatkan lagi keseronokan bekerja.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy