Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

28 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras Kementerian/ Jabatan/ SUK: Pelaksanaan Program Pementoran di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005 : Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2010 : Pelaksanaan Pementoran Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. Program Pementoran 2021 dimulai dengan menganjurkan Bengkel Training Of Trainers (TOT) Pementoran yang telah diadakan pada 25 dan 26 Februari 2021 melalui dalam talian dengan menggunakan capaian Google Meet. Objektif bengkel ini adalah untuk memberi panduan dan penjelasan kepada semua mentor dan menti yang terpilih tentang pelaksanaan program pementoran yang akan dijalankan selama 6 bulan di KPKT. Objektif Program Pementoran dilaksanakan di KPKT adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan menti dalam kompetensi personel, sosial, budaya dan profesional. Selain itu, mentor dapat membantu menti untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dan organisasi dengan cepat supaya dapat memberikan sumbangan yang optimum kepada jabatan. Bahagian Sumber Manusia, KPKT juga ingin membudayakan budaya kerja kelas pertama dan berprestasi tinggi dalam organisasi dan menerapkan amalan pembelajaran berterusan di kalangan warga KPKT. Pemadanan secara rasmi di antara Mentor dan Menti dijalankan terus semasa Bengkel TOT Pementoran. Bengkel ini memberi ruang kepada semua mentor dan menti menjalankan sesi taaruf di antara mereka. Pemahaman tentang prosedur pementoran juga telah dijelaskan dengan lebih mendalam oleh penceramah yang didatangkan khas dari Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA iaitu Puan Siti Hasiah binti Jusoh. Format laporan telah diberi penjelasan kepada para mentor dan menti untuk diisi dan dihantar kepada urus setia mengikut masa yang telah ditetapkan. Sebagai kaedah pemantauan perkembangan Program Pementoran 2021, urusetia telah melaksanakan Mesyuarat Penyelarasan Pementoran sebanyak 3 kali sepanjang tahun 2021. Para mentor dan menti yang hadir semasa mesyuarat

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy