Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

180 Program ini dilaksanakan dengan tujuan seperti berikut: a) Membimbing pegawai yang memerlukan bimbingan dalam meningkatkan prestasi kerjaya dan psikososial; b) Meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam aspek personel, sosial, budaya dan professional, c) Membina keperibadian yang tinggi di kalangan warga organisasi, d) Membudayakan budaya kerja kelas pertama dan berprestasi tinggi dalam organisasi, e) Menerapkan amalan pembelajaran berterusan, f) Meningkatkan imej dan reputasi pegawai dalam organisasi. Program Pementoran Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah dilaksanakan bermula 15 Mei 2021 dan telah tamat dengan pada 15 September 2021. Seramai 7 orang mentor dan 9 orang menti telah dipilih untuk menyertai Program Pementoran pada kali ini yang di mana seramai 14 orang merupakan pegawai daripada Kumpulan Pengurusan Profesional dan seramai 2 orang pegawai daripada Kumpulan Pelaksana. Pemadanan mentor menti telah dilaksanakan berdasarkan kriteria berikut iaitu: a) Mentor bukan penilai pertama menti ; b) Menti merupakan Kakitangan yang baru melapor diri ke Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin; dan c) Pemilihan mentor menti hendaklah merujuk kepada ratio/nisbah sekurangkurangnya 1 :1 atau maksimum 1:3. Pada 9 Mac 2021 satu penyampaian Watikah Perlantikan mentor telah dilaksanakan dalam Perhimpunan Bulanan Staf di dewan Kuliah Utama. Program ini juga telah dihebahkan melalui perhimpunan bulanan kepada semua kakitangan yang hadir. Setiap mentor menerima watikah perlantikan daripada Tuan Pengarah PTSS En. Abdul Malek bin Hassan. Sebelum Program Pementoran ini dilaksanakan, Unit Pengurusan Psikologi PTSS telah menganjurkan satu Bengkel TOT Pementoran pada 7 Disember bertempat di Bilik Seminar

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy