Laporan Tahunan Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2021

147 Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Pahang memulakan Program Pementoran Tahun 2021 dengan melaksanakan Kursus Training of Trainers Pementoran pada 07 hingga 09 April 2021 di Hotel Ancasa Royale, Pekan Pahang Darul Makmur. Pentadbiran ini telah menjemput Puan Siti Hasiah binti Jusoh, Pegawai Psikologi dari Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai penceramah jemputan. Mesyuarat Penyelarasan Pementoran dan perkongsian ilmu berkaitan meningkatkan kemahiran mentor dan menti bagi Program Pementoran dilaksanakan sebanyak 3 kali sepanjang tahun 2021 seperti berikut :- Bil Perkara Tarikh Platform 1. Slot Kemahiran Pementoran Bil. 1 Tahun 2021 10 Mac 2021 Bersemuka dan secara atas talian 2. Slot Kemahiran Pementoran Bil. 2 Tahun 2021 28 Jun 2021 Secara atas talian 3. Slot Kemahiran Pementoran Bil. 3 Tahun 2021 3 September 2021 Secara atas talian Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang telah menjemput seorang penceramah bagi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada mentor dan menti. Melalui slot kemahiran tersebut. 5. Ulasan Keseluruhan Penyelaras SUK : Pentadbiran dan perlaksanaan Program Pementoran SUK Pahang adalah meliputi kakitangan pelbagai jawatan dan gred di dalam pentadbiran SUK Pahang. 19 orang Mentor telah menjalankan tanggungjawab kepada 24 orang menti dalam proses pementoran ini. Meskipun proses pementoran terganggu kerana penularan wabak jangkitan penyakit COVID-19, pihak urusetia menggunakan pelbagai idea kreatif bagi memastikan perhubungan professional dapat memindahkan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy