Laporan Tahunan AKRAB 2021

84 Mesyuarat Mesyuarat Pembangunan Garis Panduan Pelaksanaan AKRAB KPT telah diadakan pada 11 Februari 2021. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan garis panduan bagi pelaksanaan AKRAB di peringkat kementerian, jabatan dan agensi serta Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa AKRAB seramai 26 orang. KURSUS KEJURULATIHAN AKRAB BAGI PEGAWAI PSIKOLOGI Sebelum menjadi jurulatih atau tenaga pengajar AKRAB, Pegawai Psikologi juga perlu menjalani kursus Pra AKRAB Tahap 1 dan Tahap 2 serta mendapat pentauliahan daripada JPA. Kursus kejurulatihan AKRAB Pegawai Psikologi telah dilaksanakan pada 1 hingga 3 Jun 2021 bagi Tahap 1 dan Tahap 2 pada 8 hingga 10 Jun 2021. Seramai 89 orang Pegawai Psikologi di kementerian, Politeknik dan Kolej Komuniti serta Universiti Awam telah mendapat pentauliahan AKRAB daripada Jabatan Perkhidmatan Awam. Kursus Pra AKRAB Kursus Pra AKRAB telah dilaksanakan di Kementerian Pengajian Tinggi sebanyak dua (2) siri bagi tahap satu (1) dan tahap dua (2) kepada warga KPT yang berminat menjadi ahli AKRAB. Penyertaan peserta seramai 366 orang daripada warga KPT yang berminat menjadi ahli AKRAB. Antara tajuk-tajuk kursus yang disampaikan oleh penceramah adalah konsep pelaksanaan AKRAB, Psikologi Kaunseling dalam Perkhidmatan Awam, kemahiran asas menolong, pengurusan kesihatan mental dan pada tahun 2021 seramai 101 orang warga KPT telah mendapat pentauliahan daripada JPA. Tarikh pelaksanaan kursus Pra AKRAB adalah seperti berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy