Laporan Tahunan AKRAB 2021

30 PROGRAM AHLI RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB) BIL TAJUK KURSUS TARIKH JUMLAH PESERTA TEMPAT 1. Program Peningkatan Kemahiran Kaunseling Tahap 1 dan 2 Tahun 2021 5 April – 9 April 2021 74 Hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur dan Atas Talian Zoom Meet 2. Program PASCA Siri 1 Tahun 2021 7 April – 9 April 2021 61 Hotel Melia, Kuala Lumpur dan Atas Talian Zoom Meet 3. Program PASCA Siri 2 Tahun 2021 18 Ogos -19 Ogos 2021 43 Atas Talian Zoom Meet 4. Seminar Psikologi dan Persidangan AKRAB Kementerian Pertahanan 26 Oktober – 27 Oktober 2021 137 Zetro, Cawangan Latihan dan Atas Talian Program Peningkatan Kemahiran Kaunseling Tahap 1 dan 2 siri 1/2021 Program Peningkatan Kemahiran Kaunseling Tahap 1 dan 2 siri 1/2021 secara rasminya telah selesai. Program yang telah dilaksanakan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur melibatkan 31 orang peserta secara bersemuka dan 34 orang peserta secara atas talian. Program yang turut melibatkan peserta dari kalangan anggota tentera ini, telah berlangsung selama 5 hari dari 5 April - 9 April 2021. Program ini julung kalinya dilaksanakan secara hybrid menggabungkan medium online serta bersemuka selain penetapan kaedah modul program kebajikan sosial (CSR) yang berbeza selaras dengan keperluan norma baharu serta pemantauan standard of procedure (s.o.p) terhadap kapasiti peserta dan fasiliti. Penceramah jemputan yang terlibat dalam program ini adalah Puan Nuridawati Binti Mohd Noor daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, KL). Ceramah turut dikendalikan Pegawai Psikologi dari Cawangan Pengurusan Psikologi Puan Juwairiyah binti Jaafar (KPSU) dan Puan Shakinah binti Abu Hassan (PSU). Diharap Program ini dapat membentuk peribadi yang baik kepada peserta dan juga menjadi contoh untuk baik untuk rakan sekerja terutamanya di Kementerian Pertahanan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy