Laporan Tahunan AKRAB 2021

315 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB AKRAB MBSJ telah menyediakan perancangan dan transformasi Program AKRAB MBSJ Tahun 2021 bagi menambah baik dan memantapkan pelaksanaan aktiviti dan program AKRAB bagi tahun 2021 selaras dengan kehendak Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi (SKPPsi) dan Program Pengupayaan Kendiri, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. i. Transformasi AKRAB MBSJ Selaras dengan fungsi AKRAB yang merupakan agen penggerak kepada pelaksanaan budaya kerja berprestasi tinggi dalam perkhidmatan awam dan objektif bagi menyediakan medium perantaraan untuk memberi peluang pegawai berfungsi secara efektif dan menyumbang kepada usaha pembangunan modal insan dalam Pengurusan Sumber Manusia di Jabatan dan Agensi Kerajaan, pihak Pengurusan akan melaksanakan program transformasi ke atas aktiviti / program AKRAB Tahun 2021. ii. Pengiktirafan Dan Anugerah AKRAB MBSJ turut menyasarkan untuk memperkasakan Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi (SKPPsi) dan Program Pengupayaan Kendiri dengan menghantar penyertaan bagi mendapatkan pengiktirafan dan anugerah yang tertinggi di peringkat Kebangsaan dan juga Negeri.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy