280 dimajukan untuk melaksanakan Kursus AKRAB Tahap 2 bagi Zon Tengah dan Zon Selatan yang tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2021 akibat pandemik Covid-19. Institusi penjara pada keseluruhannya, mempromosikan perkhidmatan AKRAB kepada kakitangan menerusi Dialog Bulanan dan mesyuarat-mesyuarat penting yang dihadiri oleh pelbagai lapisan kakitangan. Promosi juga turut diadakan dalam pelbagai bentuk seperti poster, pamphlet memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan oleh ahli AKRAB. ULASAN (KESELURUHAN) PENYELARAS KEMENTERIAN/JABATAN/ SUK Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Ibu Pejabat Penjara Malaysia berusaha untuk memberi pendedahan serta kemahiran tambahan kepada ahli AKRAB yang sedia ada dengan harapan mereka mempunyai keupayaan dan kemahiran untuk menjalankan perkhidmatan bimbingan yang berkualiti.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy