274 GAMBAR PROGRAM AKRAB BERIMPAK TINGGI SAHAJA (CONTOH KONVENSYEN, SEMINAR) PROGRAM PERTAMA 1) PROGRAM AKRAB SUMMIT (JABATAN PENJARA MALAYSIA) Bahagian Agama dan Kaunseling, (Seksyen Psikologi) Ibu Pejabat Penjara Malaysia telah mengadakan Program AKRAB SUMMIT bertemakan “AKRAB Pemangkin Budaya Kerja Positif” yang telah diadakan pada 21 Oktober 2021 (Khamis) bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Program ini melibatkan semua institusi penjara termasuk Pejabat-Pejabat Pengarah Penjara Negeri dan Pejabat-Pejabat Parol Daerah. Tujuan penganjuran program ini adalah untuk membangunkan kompetensi ahli AKRAB dalam memberikan perkhidmatan kepada warga jabatan. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YBhg. Timbalan Komisioner Jeneral Penjara Dato’ Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak (Keselamatan dan Koreksional). Program diadakan secara atas talian menggunakan Face Book LIVE Jabatan Penjara Malaysia PRIDE Official – FB Page.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy