270 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB - Unit Psikologi dan Jawatankuasa AKRAB yang baru bagi sesi 2019/2021 telah menyediakan sistem pengurusan data bagi sesi bimbingan dan pengumpulan maklumat kehadiran ahli AKRAB bagi setiap aktiviti AKRAB dalam bentuk ms excel. - Penghantaran data bagi status pelaksanaan sesi bimbingan masih secara manual, namun dengan adanya buku log ini, data sesi bimbingan sepanjang tahun 2021 dapat disediakan oleh AKRAB dengan lebih sistematik. - Unit Psikologi akan membuat penambahan ahli AKRAB pada tahun 2022 berikutan terdapat beberapa negeri yang masih tiada ahli AKRAB. - Program / Seminar seperti team building bagi melatih AKRAB lebih berkeyakinan & dapat menghadapi permasalahan pegawai lain yang memerlukan di samping tugasan dan bebanan di pejabat yang kian bertambah (Ahli AKRAB sendiri) “Check & Balance”. - Komitmen kewangan dalam memastikan pelaksanaan AKRAB di peringkat Jabatan (1% dari peruntukan latihan). - Mengadakan program AKRAB secara NBOS yang melibatkan kementerian atau jabatan bagi mengurangkan kos perbelanjaan dan membolehkan ahli AKRAB berkongsi pengalaman bersama. - Mengadakan Program Orientasi AKRAB selama satu atau dua minggu kepada semua ahli AKRAB seluruh Malaysia, yang mana modul kaunseling dan psikologi asas didedahkan semasa program tersebut dilaksanakan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk melahirkan AKRAB yang betul-betul menjiwai konsep AKRAB dalam menolong dan bantu rakan sekerja.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy