245 PROGRAM PERTAMA PROGRAM KEDUA PROGRAM FOOD BANK AKRAB PKPMP YANG DIADAKAN PADA SETIAP HARI JUMAAT SETIAP MINGGU Program Food Bank Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) telah dilaksanakan bermula pada 1 September 2020 yang lalu. Majlis Perasmian Pelancaran telah di sempurnakan oleh YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara. Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga PKPMP yang memerlukan. Program Food Bank PKPMP dapat membantu meringankan beban kewangan warga PKPMP yang memerlukan dan tidak berkemampuan, membantu warga PKPMP yang mempunyai masalah kewangan dan sering tidak cukup perbelanjaan serta sebagai kaedah Pegawai Psikologi dan Ahli AKRAB mendekati warga PKPMP dalam membantu mengenalpasti dan menanggani permasalahan mereka. Selain itu, sejak kewujudan Food Bank AKRAB PKPMP ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban warga PKPMP yang terjejas sepanjang pandemik Covid-19 ini di mana bantuan telah disalurkan kepada keluarga pegawai PKPMP yang dikuarantinkan akibat positif Covid-19.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy