Laporan Tahunan AKRAB 2021

19 PROGRAM 2: “Singgah Sembang@MAK” atau ringkasnya SSM Program SSM dilaksanakan menerusi platform media sosial Facebook Live. Slot pertama bermula pada 13 Januari 2021 dan berterusan sehingga 27 Ogos 2021. sebanyak 14 siri telah dilaksanakan dan berjaya menarik lebih 8,000 tontonan (view) dan 900 perkongsian (share). Panel SSM terdiri daripada ahli AKRAB, Pegawai Psikologi, dan personaliti jemputan. Antara yang turut terlibat ialah Coach Dr. Azura Hashim, Addaem Chandran, Datuk Dr. Tengku Naufal dan Prof Dr. Aziz Shah dari UPSI. Setiap siri program mengambil masa 30-60 minit sahaja dan dikendallikan oleh seorang moderator yang terdiri daripada ahli AKRAB. PENCAPAIAN TERBAIK MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN 2021 MAK terlibat sebagai rakan strategik Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam ke 25 anjuran JPA pada 26 – 27 Oktober 2021. Selain menyumbangkan piala bagi anugerah AKRAB dan Pementoran, MAK turut menampilkan 2 orang wakil iaitu Puan Manisah Saedon dan Encik Ibrahim Bujang sebagai ahli Panel bagi slot tema Pengurusan Perubahan (The Game Changer). Modul i-MIND (Integrated Mind For Innovation and Development) yang telah dilancarkan oleh YBhg Datuk Dr. Rose Lena binti Lazemi – Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) JPA, pada 15 Ogos 2020 tidak dapat dilaksanakan secara bersemuka pada tahun 2021 ketika negara berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Justeru itu MAK telah mengambil inisiatif melaksanakan salah satu modul iaitu “Kembara Personaliti” secara atas talian. Projek rintis TOT modul online

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy