Laporan Tahunan AKRAB 2021

16 LATAR BELAKANG MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN Penubuhan Majlis AKRAB Kebangsaan atau ringkasnya MAK adalah lanjutan resolusi Konvensyen AKRAM pada 1-2 April 2009 anjuran AKRAM Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). YBhg. Dato’ Dr Ismail bin Alias, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Awam(Operasi) JPA meminta BPPs JPA mengkaji dan menyelaraskan penubuhannya serta menjenamakan AKRAM kepada AKRAB mulai Disember 2009. Mesyuarat Penubuhan MAK telah diadakan pada 24 April 2009 dihadiri Pegawai Perhubungan dan Pengerusi-Pengerusi AKRAB dari Kementerian, Jabatan dan Agensi. MAK telah dilancarkan dengan rasminya oleh YBhg. Tan Sri Ismail Adam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) pada 7 Mei 2010 di Konvensyen Pertama MAK yang diadakan di Dewan Serbaguna Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri. Lebih 300 orang ahli AKRAB menyertai konvensyen AKRAB untuk julung kalinya diadakan ini. Semenjak itu, Konvensyen AKRAB Kebangsaan telah diadakan setiap tahun dengan kerjasama Kementerian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Pada 7 Ogos 2015 MAK telah didaftarkan secara rasmi dengan ROS sebagai sebuah pertubuhan bertaraf kebangsaan dengan nombor pendaftaran PPM-011-16-07082015. Matlamat penubuhan MAK ialah : 1. Badan induk yang menaungi Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) di peringkat kebangsaan. 2. Menyelaras semua program, aktiviti dan latihan AKRAB di peringkat kebangsaan. 3. Berperanan sebagai perantara antara AKRAB di sektor awam dengan Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. 4. Merancang dan melaksanakan aktiviti peningkatan ilmu berbentuk profesionalisme yang berkaitan khidmat membimbing. 5. Mewujudkan kumpulan pakar penilai anugerah AKRAB. 6. Menjadi rakan strategik Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy