Laporan Tahunan AKRAB 2021

178 Tajuk Program : Kursus Pra Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Timbalan Setiausaha Bahagian dan Timbalan Pengarah Bahagian/Agensi Kementerian Pendidikan Malaysia Tarikh Program : 03 – 05 November 2021 Tempat Program : Secara Dalam Talian Anjuran : Kementerian Pendidikan Malaysia Pengenalan : Program AKRAB PEMIMPIN KPM (APKPM) ini berkonsepkan pemimpin membantu pegawai, guru dan staf di bahagian dan sekolah/institusi awam berteraskan asas kaunseling dan kemahiran membimbing dengan perkongsian input pengetahuan, nilainilai murni pada diri ahli AKRAB PEMIMPIN Bahagian/Sekolah/Institusi. Konsep AKRAB PEMIMPIN KPM (APKPM) pegawai dan staf diwujudkan bagi menyediakan medium perantaraan antara pegawai, guru dan staf dengan pengurusan tertinggi di Bahagian dan sekolah/institusi. Selain itu membolehkan pegawai, guru dan staf berkongsi idea, tempat meluahkan perasaan, memupuk semangat berpasukan dan mendapatkan bimbingan sokongan daripada ahli AKRAB PEMIMPIN KPM (APKPM).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy