Laporan Tahunan AKRAB 2021

126 Kursus ini merupakan susulan daripada Kursus Peningkatan Kemahiran Asas Kaunseling Tahap 1 (Pra AKRAB). Melalui program ini, peserta diberi pendedahan dan pemahaman berhubung konsep dan pelaksanaan AKRAB, kemahiran-kemahiran berkaitan pengurusan minda sihat, kewangan, bakat dan kerjaya, bimbingan kelompok serta kaunseling keluarga. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM AKRAB - Mengadakan mesyuarat untuk melantik Ahli jawatankuasa - Mengadakan Program pemantapan AKRAB seperti program Teambuilding untuk meningkatkan kerjasama antara Ahli AKRAB KASA. ULASAN (KESELURUHAN) PENYELARAS KEMENTERIAN Ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) bagi Kementerian Alam Sekitar dan Air baru sahaja dilantik bermula tahun 2021. Seramai 30 orang yang telah layak mendapat pentauliahan. Manakala bagi jabatan pula, seramai 176 orang ahli AKRAB sedia ada mewakili jabatan dan agensi masing - masing. Kementerian Alam Sekitar dan Air merupakan kementerian baru dan pelantikan jawatankuasa akan dilaksanakan pada Februari 2022. Walaubagaimanapun, Ahli AKRAB di jabatan dan agensi menunjukkan minat yang tinggi dalam memperkasakan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy