Laporan Tahunan AKRAB 2021

117 STESEN AKRAB @ SAMBUTAN HARI PSIKOLOGI KKR 2021 Pameran AKRAB KKR dan Agensi telah dilaksanakan sempena Sambutan Hari Psikologi KKR 2021 pada 9 November 2021 bertempat di Bilik Tanjung Tingkat 6, Blok A, Kementerian Kerja Raya Malaysia. Pameran ini bertujuan menyebarluaskan perkhidmatan AKRAB kementerian dan agensi kepada warga kerja. Pameran AKRAB ini juga telah dilawati oleh Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof selaku perasmi bagi Sambutan Hari Psikologi KKR 2021. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut: 1. Sesi ujian psikometrik, 2. Mind booster games, 3. Braille Quiz, 4. Sejarah perkembangan AKRAB KKR dan agensi, 5. Sesi bimbingan bersama warga kerja, 6. Guest What in My Hand (sensory motor), 7. Person In The Rain (Personaliti) 8. Jualan barangan dari ahli AKRAB. Semua aktiviti ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada warga bahawa pentingnya ahli AKRAB kepada kesejahteraan sosial dan khususnya menjadi pembimbing kepada rakan sekerja di organisasi masing-masing.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy